Jumlah Pelajar Terkini
17 Orang
Tempoh Pengajian
3 Tahun 6 Bulan
Umur Pelajar
11 - 20 Tahun
Yuran Pengajian
RM150 sebulan
Pengenalan
Usaha-usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al–Quran dan As–Sunnah di kaki gunung kinabalu memerlukan satu penggembelingan tenaga daripada semua lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendikiawan ke arah mendokong cita–cita dan semangat.
Bermula tahun 2016 Hasrat pewakaf adalah untuk harta wakafnya dimanafaatkan bagi pembangunan Al-Quran khususnya untuk program tahfiz.
Atas perkara ini MTBH telah ditubuhkan Oleh Tuan. Haji Mustafa Asad di atas tanah persendirian dan dirasmikan oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi ZamZam Al-Banjari semasa daurah kitab Bidayatul Hidayah di Kundasang.
MTBH mula beroperasi penghujung tahun 2016.Maahad tahfiz ini hanya dikhususkan untuk pelajar lelaki sahaja.
Firman Allah S.W.T;
اِنَّمَا يَخْشَى اَللّه عِبَادِهِ اَلعُلَمَاء
“Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Allah s.w.t dari kalangan hamba-hambanya, hanyalah Ulama-Ulama.”
Bermula dari sinilah terbentuknya satu lembaga pentadbiran dan pengurusan bagi menjalankan amanah ini. Maahad Tahfiz Bidayatul Hidayah ini merupakan sekolah agama persendirian / sekolah agama rakyat yang tidak menerima apa-apa bantuan tetap dari mana – mana agensi kerajaan atau bukan kerajaan dan tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.
Maahad ini terletak di Kampung Kundasang Lama dan berdiri ditanah wakaf.
Pengurusan Maahad Tahfiz Bidayatul Hidayah ditadbir oleh sebuah jawatankuasanya sendiri. Maahad Tahfiz Bidayatul Hidayah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat. Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah dan akhlak yang sangat-sangat memerlukan pendidikan Al-Quran dan agama sebagai pelengkap pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini.
Peningkatan permintaan memasuki maahad ini terus meningkat dari masa kesemasa.
Sumber Kewangan
Pengurusan Maahad Tahfiz Bidayatul Hidayah juga mengambil pendekatan memberi peluang penglibatan masyarakat awam setempat diluar sana sama-sama membantu menjayakan cita-cita murninya kearah melahirkan insan Al Quran yang berketerampilan, berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia.
Sumber kewangan utama melalui kutipan yuran pelajar RM 150.00 sebulan.
Atas perkara ini pihak maahad akan terus berusaha mendapatkan sumbangan dan derma dari orang perseorangan maupun pertubuhan bagi menampung kos pengurusan dan pentadbiran yang meningkat dari semasa kesemasa.
Pelajar & Guru
Jumlah pelajar yang belajar sepenuh masa seramai 17 orang. Pelajar-pelajar maahad ini akan di bimbing oleh 2 orang guru sepenuh masa,seorang kerani,tukang masak dan pekebun.
Jom Infaq
Galeri
Hubungi
Maahad Tahfiz Pondok Bidayatul Hidayah
Alamat
Kampung Kundasang Lama, 89308 Ranau, Sabah
Whatsapp / Telefon
019 - 535 5542